Cat-1
Cat-2
Cat-3
Cat-4
January 2019
Kg Mesilau terkenal dengan destinasi pelancongan.
Maklumat Am Kg. Mesilou, Kundasang Ranau.
JIKA ingin merasai cuaca beriklim sejuk di Sabah, pastinya semua akan terfikirkan pekan Kundasang, tetapi jika sanggup menghadapi 10km perjalanan lagi, pasti anda akan sampai di Kampung Mesilau, Ranau.
Mesilou, dinamakan selepas Mesilau River, adalah kawasan yang terletak kira-kira 2000 m di atas paras laut di East Ridge Gunung Kinabalu di Taman Negara Kinabalu, Sabah, Malaysia Borneo.
Ia adalah tapak Mesilau Nature Resort, yang dimiliki dan dikendalikan oleh Sutera Sanctuary Lodges. Mesilau East River dan Sungai Mesilou Barat melalui kawasan Mesilau.
Mesilau East River membentuk jurang yang dalam, dan Gua Mesilau terletak berhampiran. Salah satu daripada dua laluan utama sidang kemuncak Gunung Kinabalu bermula di Mesilau Nature Resort dan dipanggil Trail Mesilau.
The Mesilau Trail adalah berhampiran dengan laluan lama Summit Kinabalu Trail yang terletak di atas Layang-Layang (Dusun untuk Tempat Swallows), yang terletak kira-kira 2700m.
Walau bagaimanapun, Mesilou Trail ini telah musnah ketika gempa bumi yang berlaku pada 5 Jun 2015 yang lalu dan telah dibina semula oleh penduduk kampung dan malim gunung.
Kg Mesilau terkenal dengan destinasi pelancongan.
Namun begitu untuk ke sana, anda perlulah mempunyai skill pemanduan yang baik, menaiki bukit curam untuk ke tanah tinggi Mesilau, mungkin anda hanya perlukan gear satu dan dua sebelum tiba di atas.
Segala keperitan itu akan hilang apabila pemandangan yang indah dan tenang terhidang di hadapan mata, tempat yang sentiasa sejuk berkabus serta mempunyai udara yang nyaman ini terletak berhampiran puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu.
Menurut penduduk Kampung Mesilau, Nor Annisa Essin, 24, selepas berlakunya gempa pada 2015, mereka menyangka akan berlaku pengurangan jumlah pengunjung ke situ.
"Mesilau ini sememangnya tumpuan pelancong kerana di sini juga letaknya 'starting point' atau pintu gerbang jalan kedua untuk mendaki Gunung Kinabalu iaitu di Mesilou Nature Resort yang terletak berhampiran.
"Pada mulanya, kami menyangkakan selepas berlakunya gempa bumi, bilangan pengunjung akan berkurangan kerana mereka pasti risaukan keselamatan di sini.
"Tetapi apa yang berlaku adalah di luar jangkaan apabila semakin ramai pengunjung yang datang, kerana itu juga sebabnya makin banyak inap desa dibina bagi menampung permintaan yang tinggi," katanya.
Tambahnya, hingga kini lebih 40 desa termasuk Sulap Inap Desa tempatnya bekerja dibina di dalam Kampung Mesilau yang rata-rata disewa oleh penduduk tempatan, pelancong dari Semenanjung malahan dari luar negara seperti Taiwan dan Arab.
"Kampung Mesilau ini selain terkenal dengan destinasi pelancongan, ia juga terpilih sebagai tempat membuat program dan kajian oleh pelajar universiti awam.
"Penduduk di sini juga bergiat aktif melakukan pelbagai aktiviti riadah seperti marathon, Hari Warga Emas, sukan dan pelbagai aktiviti lagi yang setiap kalinya pasti mendapat sokongan ramai.
"Sebagai penambahbaikan aktiviti, maka kami mengharapkan pembinaan dewan bagi menampung penyertaan yang ramai dalam keadaan tempat yang lebih selesa berbanding balairaya sekarang.
"Dari segi keselamatan pula, kami mengharapkan jika dapat disediakan lampu solar di kawasan ini memandangkan pelancong yang datang berasa risau bersiar-siar pada waktu malam kerana keadaan yang gelap dan berkabus.
"Walaupun kami dijaga 24 jam oleh pasukan Rela dan polis, tetapi suasana gelap begini mampu mengundang pelbagai masalah, jadi dengan adanya lampu solar, semua akan merasa selamat untuk ke masjid beribadat mahupun beriadah," jelasnya.
Kata Nor Annisa, selepas kejadian gempa juga, dalam tempoh tiga bulan sekali pemeriksa kesihatan sangat aktif datang memantau kesihatan penduduk bagi mengendalikan sesetengah mereka yang masih trauma.
Selain pertumbuhan pesat inap desa di Mesilau, wujud juga Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Menurut Pengurusnya Maslinda Saminin, pusat internet itu telah beroperasi selama enam tahun dan dikunjungi oleh ramai sama ada untuk belajar menggunakan komputer ataupun sekadar menggunakan wifi.
"Dengan populasi kira-kira 500 orang, talian wifi dan internet yang disediakan mencukupi untuk kegunaan penduduk.
"Komputer yang disediakan pula ada 20 unit yang mana telah diasingkan 10 unit untuk latihan keusahawanan, manakala 10 lagi untuk pengunjung.
Profile
Kg.Mesilou
Jarak dari Bandaraya Kota Kinabalu
|
100 km
|
Parlimen
|
P179
|
Adun
|
N29 Kundasang
|
Daerah
|
Ranau
|
Negeri
|
Sabah
|
Populasi
|
500 hingga 550 Orang
|
Aktiviti Ekonomi Utama
|
Pelancongan, Pusat Peranginan, Pertanian sayuran
Tanah Tinggi, Perniagaan Gerai sayuran dan Bunga
|
Maklumat Pengurusan Kg. Mesilou
|
JKKK Mesilou
Nama: En. Sham Shariff Sinun
Email: -
No Telefon: 011 3171 9880
Ketua Kampung
Nama: En. Ruhatin Duari
Email:-
No Telefon: 012 820 5720
KRT Mesilou
Nama: En. Ruhatin Duari
Email:-
No Telefon: 017 915 6550
|
Kampung Sekitar Kg.
Mesilou
|
1. Sinar
2. Kg.Soborong
3. Kg.Cinta
Mata
4. Kg.Muhibbah
5. Kg.Lembah Permai
6. Kg. Sinisian
7. Kg.Dumpiring II
8. Kg.Desa Aman
|
Pusat Peranginan/
Homestay sekitar Kg. Mesilou
|
2. Atamis Homestay
3. The Purple Cottage
4. Qistina homestay
5. Inap Desa D'Gapa
6. Irani Kasih Homestay
7. Aramai Homestay
8. Kalangadan Villa
9. Hazelyn's Cottage
10. Salman's Homestay
11. Inap Desa Qistina |
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi nombor telefon berikut 016-7145061 (Yusrie). Semua tempahan memerlukan deposit bagi memastikan tempahan yang dilakukan sahih dan tidak akan diberikan pada orang lain. Tempahan berdasarkan konsep "first come first serve".
Penginap yang hendak membuat tempahan perlu Whatsapp nama penuh, tarikh check-in, tarikh check-out kepada nombor telefon di atas. Nyatakan juga jumlah bilik yang diperlukan. Buat masa ini terdapat 13 bilik kesemuanya
Pihak admin Kupi-Kupi & Stay akan menghantar Whatsapp untuk pengesahan tempahan berserta no akaun Maybank bagi urusan pembayaran deposit tempahan. Jumlah deposit yang diperlukan adalah tertakluk harga bilik berdasarkan jumlah penginap hari yang hendak ditempah.
Setiap tempahan yang dibuat, deposit hendaklah dijelaskan dalam tempoh 3 hari dari tarikh tempahan. Sekiranya deposit tidak dapat dibank in dalam tempoh tersebut sila call / Whatsapp dan memaklumkan bahawa anda masih berminat utk meneruskan tempahan tersebut.
Tempahan tidak berdeposit adalah terbatal dengan sendirinya selepas tempoh yang diberikan tamat.
Popular Posts
-
Cara Bayar Bil SESB Online via Maybank2u Baru
Klik print receipt sebagai simpanan dan rujukan anda jika di perlukan. Cara Bayar Bil SESB Online via Maybank2u ... -
How to be a tourist in Sabah during Visit Malaysia 2020
Visit Malaysia 2020 How to be a tourist in Sabah during Visit Malaysia 2020 To say that Sabah is a great place to g... -
No.Telefon Mekanik Bergerak / Workshop KK -Seluruh Sabah
No.Telefon Mekanik Bergerak / Workshop KK -Seluruh Sabah. No.Telefon Mekanik Bergerak / Workshop KK -Seluruh Sabah ... -
Rindu Melancong ke Kundasang? Jika Negatif COVID-19 Jemput Datang
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, untuk membolehkan pengunjung dibenarkan masuk, mereka cuma perlu melakukan saringan... -
Room No 4 Konnichiwa
Room No 4 Konnichiwa (Family Room with 2 Queen Beds and 1 Single Bed). Room No 4 Konnichiwa Rate : 230 MYR... -
Iktibar! Warga Malaysia Kena Halau Airbnb Di Jepun
Buat malu Rakyat Malaysia jaa. Patutnya Sorang Daftar Masuk Ni 9 Orang! Warga Malaysia Kena Halau Airbnb Di Jepun ... -
Pelan Pemulihan Pelancongan dibawah Belanjawan 2021
Sidang Akhbar Pelan Pemulihan Pelancongan dibawah Belanjawan 2021. Sidang Akhbar Pelan Pemulihan Pelancongan dibawah Be... -
IKEA DVALA kain berkualiti
Tadi petang saya pergi IKEA Cheras, cari barang2 Homestay; cadar dan sarung bantal. IKEA DVALA kain berkualiti ... -
18 TEMPAT MAKAN BEST DI RANAU- KUNDASANG (EDISI TAHUN 2020)
Apa kata kita tengok di manakah tempat yang best untuk menjamu selera di sekitar Ranau ini. 18 Tempat Makan ... -
Tentang Kami
Approximately 6.2km away from Kundasang Town, sits the Colourfull Kupi-Kupi & Stay building. Loosely translated, ...
!====found1s>!====found1s>