Cat-1

Cat-2

Cat-3

Cat-4

September 2020

Jeremy Renner
Apa kata kita tengok di manakah tempat yang best 
untuk menjamu selera di sekitar Ranau ini.

18 Tempat Makan Best Di Ranau

Keindahan alam semulajadi yang terdapat di negeri Sabah tidak dapat digambarkan dengan kata – kata.


Maka, tidak hairanlah Sabah sering menjadi kunjungan para pelancong terutama di Ranau ini.

Terdapat begitu banyak tempat – tempat menarik yang terdapat di sekitar Ranau ini seperti Gunung Kinabalu, Kinabalu Park, Desa Cattle Dairy Farm dan banyak lagi. Jika sudah puas menghabiskan masa di sekitar Ranau ini, jangan lupa mencari tempat makan yang sedap dan best sekali.

Apa kata kita tengok di manakah tempat yang best untuk menjamu selera di sekitar Ranau ini.
Jeremy Renner
#1. Restoran Selera Kebun Soboroong Kundasang
Restoran Berkonsepkan Ala-carte. Order dahulu baru masak (masakan panas), makanan melayu mix sabah “Ayam & Daging Salai”

Kundasang sejuk. Jadi kalau nak cari makan mesti panas - panas. Jemput ke Restoran Selera Kebun Soboroong, yang menyediakan makanan tradisional dan barat.

Restoran ini terletak di sebelah kiri laluan ke Desa Cattle Diary Farm. Terletak di tepi jalan, mudah dilihat oleh pengunjung yang ingin singgah. Lebih mudah, lihat sahaja papan tanda berwarna oren terang. Tempoh masa yang diambil antara 3 hingga 5 minit dari Pekan Kundasang. Jika datang ke kundasang wajib datang mencuba menu-menu di sini.


Cuba menu Linopot Ayam Salai Lemak Cili Api atau Linopot Ayam Penyet. Nasi Linopot ini merupakan nasi kampung yang dimasak dibungkus dengan daun Wonihan untuk menghasilkan bau ekzotik yang harum


Terdapat juga menu lain yang terdapat di sini seperti mee goreng, nasi goreng dan sebagainya. Kedai ini semestinya menyediakan makanan halal.

Alamat : Kg. Cinta Mata, Kundasang, Ranau. 88100 Ranau, Sabah, Malaysia
🔴 Restoran cuti setiap hari selasa saja. ⏰ Waktu operasi 11.00am - 8.30pm (dine in), 9.00pm (close)
🔴 Hari Jumaat restoran buka jam 1.30pm selepas solat jumaat.
📍 Map Restoran.

Jeremy Renner
#2. Restoran Mari Makan Ranau.
Restoran Mari Makan Ranau ini seolah – olah memanggil – manggil pula sebaik sahaja melewati Jalan Tamparuli – Ranau ini. Kawasan sekitar restoran ini agak besar memudahkan pelanggan untuk meletakkan kenderaan tanpa ragu.


Suasana di dalam restoran pula bersih dan kemas, teratur sahaja persekitarannya. Memulakan perniagaan seawal jam 6.00 pagi membolehkan pelanggan menjamu selera di sini. Variasi menu yang dimasak untuk pelanggan cukup menyelerakan, ia terdiri dari nasi lemak serta pelbagai makanan tempatan.


Menu tengahari pula sangat menarik kerana rata – rata menu yang disediakan seakan menu tempatan di Semenanjung Malaysia. Maka, tidak hairanlah ramai pelancong luar dari Sabah pasti singgah dan menjamu selera di sini.

Antara menu yang menarik adalah seperti ikan patin masak lemak, ikan lumahan sweet sour, ikan bakar, kari ayam, kambing, ayam berempah dan banyak lagi. Lokasi restoran ini juga sangat strategik kerana terletak berhampiran Lodge 37 Hotel Suites yang turut menjadi tumpuan pelanggan hotel.

Alamat : Jalan Tamparuli – Ranau, Pekan Ranau, 89308 Ranau, Sabah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari
Jeremy Renner
#3. Restoran Sri Hasanah dan Katering.
Bagi anda yang ingin menuju ke Gunung Kinabalu, singgah bersarapan dahulu di Restoran Sri Hasanah dan Katering ini. Terdapat roti canai garing dan enak di sini. Tambah pula teh tarik kaw yang pastinya dapat mengurangkan kesejukan dalam diri anda.


Roti canai pula banyak jenisnya yang boleh anda pilih,bukan sahaja roti kosong, roti telur, murtabak dan sebagainya memang menarik. Masakan panas juga enak sekali jika dinikmati di waktu kelaparan.


Bagi yang inginkan nasi berlauk di tengahari, ada juga pelbagai lauk disediakan, pilih saja yang mana satu. Nasi ayam penyet juga tidak kurang hebatnya. Begitu juga nasi ayamnya yang lembut dan ayamnya terasa berjus.

Alamat :Lorong Kibarambang, Pekan Ranau, 89300 Ranau, Sabah

Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari
Jeremy Renner
#4. La Tansa Café.
Nama kafe ini seakan nama kafe masyarakat Cina pula. Namun, jangan salah sangka kerana ia merupakan restoran halal untuk muslim. Kafe ini betul – betul terletak di tepi jalan sahaja iaitu di Jalan Lohan / Bongkud.


Suasana kafe ini biasa sahaja, namun memiliki ruang yang luas untuk pelanggan menjamu selera. Sekali imbas, ia seperti warung di kampung – kampung sahaja.


Jika tekak terasa haus, pesan sahaja air teh 3 layer atau teh C special, pasti menyegarkan. Apabila perut terasa lapar, pesan pula nasi ayam penyet atau bihun sup yang panas. Pastinya puas hati.

Bagi yang gemar nasi campur di kala hari, boleh mencuba lauk pauk yang disediakan. Apatah lagi ada gulai ikan patin di sini, cukup mengliurkan. Sayuran goreng juga sedap sekali. masakan panas juga turut disediakan.

Alamat : Jalan Lohan / Bongkud, 89308 Ranau, Sabah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari
Jeremy Renner
#5. MZ Burger Cafe.
Orang ranau wajib singgah katanya 😍😍 dan orang yang bukan ranau tengah tercari² makanan yang ringgan tapi mengenyangkan? Jom try makan di Mz burger😁
 

Bukan sahaja burger disajikan, malah terdapat nasi, makan Barat yang lain serta kepak ayam turut menjadi menu pilihan di sini. Rasai juga ayam goreng crunchy yang dicampurkan dengan sos keju, pasti menambah keenakan ayam.


Corndog yang semakin viral, boleh juga anda nikmati di sini dengan harga hanya RM 6.90 sahaja, murah sangat lah ! Bagi setiap pembelian RM 15.00 dan ke atas, pelanggan layak menerima kad keahlian dan setiap 10 kali pembelian, anda akan dapat menerima satu hidangan percuma (dicabut dari mystery jar).

Alamat : Kiaburi Plaza, Groundfloor Blok N ,Lot No.08, 89307 Ranau, Sabah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari
Jeremy Renner
#6. Restoran Muslim.
Terletak di tengah – tengah Pekan Ranau, Restoran Muslim ini antara restoran mamak muslim yang menyajikan menu masakan India. Peminat roti canai, sememangnya menjadikan Restoran Muslim ini sebagai restoran wajib singgah. Roti canainya yang lembut dan kuah kari kambingnya begitu menyelerakan sekali.


Masakan panas seperti mee goreng mamak menjadi kesukaan ramai. Hidangan sup antara menu kegemaran masyarakat tempatan turut disajikan di sini.


Roti bakar juga turut menjadi pilihan terutama kanak – kanak. Kopi susu yang pekat akan memberi satu kepuasan sewaktu meminumnya. Jangan lupa juga untuk rasai keunikan teh tarik masidi yang begitu menawan hati.

Alamat : Jalan Ranau, 89307 Ranau, Sabah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari
Jeremy Renner
#7. Restoran Tempayan Cafe.
Restoran ini merupakan satu-satunya restoran yang berasaskan masakan Arab. Masakan paling popular adalah nasi Mandy ayam goreng Crispy.


Selain itu, martabaknya juga merupakan salah satu masakan yang paling unik di Ranau.



Nama menunya adalah tempayan Cheese.

Alamat : Kiaburi, Ranau.
Masa operasi : 10.00 am- 10.00 pm
Jeremy Renner
#8. Kilimu Café.
Menjamu selera sambil menikmati keindahan semulajadi di waktu pagi sangat mendamaikan. Malah, sewaktu menjamu selera di Kilimu Café ini, anda berpeluang melihat bagaimana sawah padi di Ranau ini ditanam oleh para pesawah.


Suasana yang jarang kita dapat lihat, tambahan pula bagi anda yang tinggal di ibu kota. Sambil menikmati sekeping roti canai bersama kuah kari serta secawan teh tarik yang panas, pastinya hari anda terasa begitu damai.


Tidak cukup roti canai, mungkin boleh juga memesan semangkuk soto yang mampu memberi sedikit kelegaan. Pastinya seronok berehat sebentar di kafe ini.

Jika inginkan nasi putih sebagai hidangan, boleh cuba memesan nasi putih bersama ikan bahulu tanpa tulang, yang pastinya luar biasa rasanya. Nasi goreng Kilimu juga begitu menarik untuk dicuba juga.

Alamat : Kampung Kilimu, 89307 Ranau, Sabah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari
Jeremy Renner
#9. Restoran Jawa Timur Ranau.
Sebut sahaja nama restoran ini pastinya anda boleh mengagak hidangan apa yang disajikan. Jika ianya dari negara Jawa Timur, pastinya menu yang dihidangkan berasaskan makanan dari negara tersebut.


Nasi ayam penyet pastinya tidak asing lagi, dan ia menjadi menu utama di restoran ini. Sangat ringkas dan mudah disediakan membuatkan pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk menikmatinya.


Bagi yang tidak mahu makan nasi, anda juga boleh memesan sepinggan mee rojak dengan kuahnya yang pekat dan enak. Sambil berbual bersama rakan, pastinya terasa seronok dapat menikmati makan yang enak bersama – sama.

Alamat : Bangunan SEDCO, Blok K, Lot No. 6, Peti Surat 211, 89300 Ranau, Sabah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.30 pagi hingga 7.30 malam setiap hari
Jeremy Renner
#10. Restoran Desa View.
Setibanya anda di kawasan Ranau, pastinya terasa dingin sejuk menyentuhi kulit anda. Terasa nyaman dan segar membuatkan anda kan berasa tenang.


Semasa cuaca yang sejuk dan dingin ini, alangkah indahnya sekiranya dapat menghirup sesuatu yang panas, agar diri tidak terasa begitu sejuk dan kaku. Restoran Desa View pastinya menjadi pilihan anda.


Menghidangkan menu berasaskan sup, pastinya dapat memberi sedikit kehangatan terhadap tubuh anda. Memang sedaplah ! Anda boleh juga memesan makanan panas di sini.

Selain itu juga, nasi campur juga boleh anda pilih semasa makan tengahari. Memang kenyang makan di sini, pilihan pun boleh tahan banyak.

Alamat : Kg Kilimu, 89300 Ranau, Sabah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 7.00 petang setiap hari
Jeremy Renner
#11. Kedai Kak Nora.
Macam tak percaya pula tatkala berada di Ranau Sabah, anda akan menjumpai sebuah kedai makan yang menyajikan pelbagai makanan dari Pantai Timur. Kalau tak percaya, datanglah ke Kedai Kak Nora yang menyajikan nasi kerabu, nasi dagang, laksam, nasi tomato, nasi hujan panas serta laksam.



Bagi yang telah lama tidak menikmati hidangan nasi kerabu mahupun nasi dagang, Kedai Kak Nora lah tempat yang patut anda tujui. Sudahlah sedap, malah harganya juga sangat berpatutan.


Yang berada di kawasan Ranau, boleh lah mencuba keenakan menu yang terdapat di sini.

Alamat : Kg Minihas Lohan Ranau, 89308 Sabah
Waktu Operasi :8.00 pagi hingga 5.00 petang (Sabtu dan Ahad tutup)
Jeremy Renner
#12. Kiaburi Chicken Rice.
Ingat nasi ayam, ingat Kiaburi Chicken Rice (KCR). Memang enak rasanya, ayam panggangnya yang enak, nasinya juga begitu lembut dan sup yang dihidangkan juga cukup rasanya.


Biarpun hidangan utama restoran ini adalah nasi ayam, namun terdapat pelbagai menu menarik yang begitu enak untuk dicuba juga. Antaranya adalah seperti nasi lemak sambal telur mata, geprek telur, geprek special, geprek cheese, geprek ori, chicken grill, lamb chop, nasi bersama sayur – sayuran, kon loh mee, martabak, roti canai, wet chicken butter, mee basah, wantan ho, tomyam, ikan bahulu tanpa tulang, ikan tiram berapi, soto, tauhu dan banyak lagi menu.



Boleh berpinar biji mata semasa hendak membuat pesanan. Sebabnya begitu banyak menu yang menarik untuk dicuba.

Alamat :Blok D Lot 23, 89308 Ranau, Sabah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari
Jeremy Renner
#13. Nasi Kukus D’RanauBah.
Satu lagi kedai makan yang menyediakan pelbagai menu yang pastinya mengliurkan. Nasi berwarna biru yang dikenali sebagai nasi kerabu, menjadi pilihan ramai. Nasi kukus ayam berempah juga mendapat sambutan ramai.


Menu nasi ayam kunyit yang nampak ringkas tapi rasanya tetap sedap. Mee goreng banjir dengan warna sayur dan cili menaikkan selera, bakso dengan bebola daging yang besar, tomyam seafood dan bermacam lagi menu.


Kawasan sekitar juga agak luas dan memudahkan pelanggan untuk meletakkan kenderaan.

Alamat : Kg Kilimu, 89308 Ranau, Sabah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.30 pagi 12.00 tengah malam setiap hari (kecuali Jumaat tutup)
Jeremy Renner
#14. Sungai Lohan Café dan Surau.
Kedudukan lokasi Sungai Lohan Café yang terletak di tepi sungai Lohan itu sangat menarik perhatian pelanggan. Malah, sambil menunggu pesanan tiba, anda boleh juga membasahkan kaki di kaki sungai tersebut. Airnya cukup dingin dan menyegarkan.


Kafe ini agak luas dan selesa, malah anda akan dapat merasai kedinginan bayu yang bertiup lembut. Anda pastinya dapat menjamu selera dengan tenang di sini, tidak terlalu sesak dan begitu mendamaikan.


Menu masakan di sini adalah berasaskan masakan panas ala Thai dan pastinya mengenyangkan.

Tomyam seafood pastinya menjadi pilihan, tidak kurang juga nasi gorengnya yang cukup memuaskan hati.

Terdapat menu ringkas ala Barat seperti burger dan chicken chop juga disajikan di sini.

Alamat : 89308 Ranau, Sabah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari
Jeremy Renner
#15. Lohan Rock Cafe
Restoran ini antara restoran yang paling popular dalam segmen penyediaan makanan barat (western food). Yang lebih special, kebanyakan menu adalah daripada homemade daripada pemilik kedai, tuan Hazman.


Jika anda datang ke sini, anda wajib rasa marinated chicken chop, memang sedap.


Kemudian, anda boleh rasa green tea cheese. Memang lega sahaja masuk ke tekak.

Alamat : Lohan Ulu, Ranau @ Lohan Rock Cafe
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 tengahari hingga 8.00 malam setiap hari
Jeremy Renner
#16. Gerai Ikan Bakar Kundasang K4WDC.
Satu lagi restoran popular di Kundasang, Restoran Ikan Bakar K4WDC.


Restoran ini adalah menyediakan makanan berasaskan seafood seperti sotong, udang dan ikan. 
Alamat: Kundasang, Ranau.
Waktu operasi : 8.00 am- 9.00 pm
Jeremy Renner
#17. Kelisa Cafe & Catering
Mencari Sinalau Daging Salai Halal di Kundasang? Jika anda berkunjung ke Kundasang, jangan lupa untuk mencuba sinalau daging salai yang terletak di tengah tengah Pekan Kundasang ini.

Khabarnya ada yang singgah ke restoren ini untuk pekena daging salai setelah jauh-jauh dari Kota Kinabalu untuk balik Kundasang hanya untuk makan daging salai.... pergh!!!😝


Ask any people from Kundasang that you know, they will definitely recommend this mouth-watering RM6 dish: 'daging salai/sinalau daging'. You can get it at Kelisa restaurant, located 7 km away from Kupi-Kupi & Stay! 😘


Kamu tanya sja siapa2 orang Kundasang yang kamu kenal, kompom dorang rekomen ni daging salai/sinalau daging di restoran Kelisa. 5 km sja ba dari Kupi-Kupi Stay! 😘


Ini Sinalau Daging Halal yang anda mesti cuba jika berkunjung ke Kundasang. Syok betul dinikmati dalam kesejukan kundasang. Khabarnya,ini Sinalau Daging paling power di Kundasang. Kalau pigi sini, jangan lupa try ya! Alamat: Bangunan Sedco Kundasang, Ranau. (sebelah kedai SINGER)
Waktu operasi : 8.00 am- 9.00 pm
Jeremy Renner
#18. Intan Restaurant & Cafe
Restoran ini terletak bersebelahan dengan Restoran Hidayah & Catering iaitu di hadapan dataran di mana orang ramai mengambil gambar Gunung Kinabalu. Nasi panas dengan sup panas amat sesuai untuk menghangatkan badan yang sejuk sambil menikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu.


Tambah juga kepak panggang dalam hidangan anda bagi menambah selera.
Alamat: 89308 Kundasang

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam, setiap hari.
Jeremy Renner
#19. Restoran Anjung Selera, Pekan Ranau.
Restoran Anjung Selera pastinya membuka selera anda. Sebaik sahaja anda tiba di sini, pastinya anda akan terhidu aroma yang boleh membuatkan anda lapar serta merta. Manakan tidak, bau sup panas yang menusuk kalbu pastinya membuat anda tidak sabar untuk menjamu selera.


Anda boleh lah mencuba sup perut, sup urat keting, sup tulang, bakso yang pastinya enak dan menyegarkan. Aroma yang dikeluarkan dari setiap periuk yang besar sangat enak. Jika anda inginkan sup kosong, boleh sahaja mengambilnya sendiri dari periuk.


Lauk pauk yang agak banyak juga turut disediakan pada waktu makan tengahari. Memandangkan restoran ini terletak di tepi jalan sahaja, maka ramailah pelanggan yang terdiri dari pelancong singgah makan di sini.

Alamat : Pekan Ranau, 89308 Ranau, Sabah
Waktu Operasi : Dibuka 24 jam sehari

Kesimpulan


Memang banyak juga senarai tempat makan yang best dan boleh anda cuba tanpa was – was. Harga pun boleh tahan dan berpatutan. Jika tiba di Ranau-Kundasang, jangan lepaskan peluang menjamu selera di kedai makan yang tersenarai, ya !

Jangan lupa, kongsikan artikel ini!

Perform

video

Feature

Cat-5

Cat-6