Cat-1

Cat-2

Cat-3

Cat-4

Label: Berita

Kickbola.netTertuduh didakwa mencuri sebuah televisyen 40 inci bersama alat kawalan jauh jenama Sony dan sebuah seterika berserta papan penggosok .

Pasangan kekasih didakwa curi barangan inap desa

Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret secara berasingan, atas tuduhan mencuri barangan elekrik dan perkakas dari sebuah inap desa di sini, awal bulan ini.

Tak mengaku curi barangan elektronik

Tertuduh, Siti Farah Noraisah Hussin, 23 tahun, yang beralamat di Bukit Setongkol di sini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Najwa Hashim.

Dia yang bekerja sendiri didakwa mencuri sebuah televisyen 40 inci bersama alat kawalan jauh jenama Sony dan sebuah seterika berserta papan penggosok antara pukul 6.00 hingga 7.00 pagi, 1 Dis lepas di sebuah inap desa di Bukit Istana di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Siti Farah Noraisah yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah menetapkan jaminan yang rendah atas alasan hanya memperoleh pendapatan bulanan sekitar RM800 (S$261).

Cik Najwa membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,500 (S$817) dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Jan depan sebagai sebutan semula kes untuk tertuduh melantik peguam.

Di mahkamah sama, teman lelaki Siti Farah Noraisah, Nor Affiffudin Mat Nordin, 19 tahun, mengaku tidak bersalah atas tuduhan membantu memindahkan barangan tersebut pada masa dan tempat yang sama.

Pendakwaan terhadap Nor Affiffudin dijalankan mengikut Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Cik Najwa membenarkan tertuduh yang beralamat di Taman Alam Perdana di sini, dibebaskan dengan jaminan RM2,500 (S$817) dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Jan depan sebagai sebutan semula kes.

Kedua-dua tertuduh ditangkap pada 4 Dis lalu, iaitu sehari selepas pemilik inap desa itu membuat laporan polis berhubung kehilangan barangan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh.

Jeremy Renner
Polis menemui beberapa barangan dipercayai 
barang curi.

Geng Homestay tumpas

EMPAT lelaki yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan curi sekitar kawasan Ampang Baru, Kampung Rapat dan Tambun, Ipoh sejak awal tahun ini diberkas dalam tiga serbuan berasingan minggu lalu.


PENCURI HOMESTAY!!! HATI2...

Mereka yang berusia 26 hingga 42 tahun itu diberkas dalam Ops Pintu yang dijalankan di sekitar kawasan Taman Cempaka, Ipoh pada 24 dan 27 Jun lalu.

Modus operandi mereka adalah menjadikan rumah inap desa sebagai sasaran utama dengan menyamar penyewa sebelum melarikan pelbagai barangan berharga di kediaman berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, serbuan pertama 24 Jun lalu berjaya menahan lelaki berusia 42 tahun dan suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau.

“Hasil tangkapan pertama polis menemui beberapa barangan dipercayai barang curi termasuk Proton Wira dan soal siasat terhadap suspek membawa kepada serbuan kedua 27 Jun lalu.
“Serbuan kedua di sekitar kawasan sama membawa penahanan dua lelaki berusia 26 dan 29 tahun dengan suspek berusia 26 tahun ada tiga rekod lampau,” katanya pada sidang media di Balai Polis Ampang Baru, Ipoh hari ini.

Menurutnya, serbuan ketiga dilakukan pada hari sama di kawasan sama juga membabitkan lelaki berusia 31 tahun dan mempunyai dua rekod lampau.

“Penjenayah ini yang bergerak secara berkumpulan dan juga bersendirian mensasarkan rumah kediaman penduduk setempat, rumah sewa penuntut institut pengajian tinggi berhampiran dan inap desa.

“Bagi inap desa taktik digunakan adalah menyewa dengan menggunakan lesen memandu orang lain untuk beberapa hari serta membayar separuh deposit sebelum melarikan barangan berharga seperti barangan elektrik di kediaman yang disewa itu,” katanya.

Mohd Ali berkata, susulan penangkapan keempat-empat suspek berkenaan polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes pecah rumah dan kecurian sekitar kawasan Ampang Baru, Kampung Rapat dan Tambun membabitkan kerugian dianggarkan RM40,000.

“Semua suspek didapati positif syabu dan direman bermula 28 Jun lalu hingga hari ini dan polis akan memohon lanjutan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel Berkaitan.


Tolong Admin Homestay Malaysia viralkan, okey...
Admin copy & paste

Kisah kawan saya..
Hs mak aji nie tak jauh dri hs saya di Taman Perling,JB...
Last week mak aji nie gi konvo anak dia kt KL..
Mlm yg sama lewat mlm ada guest call nk stay di studio mak aji nie...rate Rm 75.00.

Esok nya selepas balik jb..mak aji just passing by her hs...viewing ada kids shoes..meaning ada org..
Esok bila mak aji sruh pak aji gi check, guest sambung sampai 3 mlm..

Endingnya bila hri ke 3..check.. Brg dh hilang..
Tv, rice cooker, iron dan electrical jug.. Tak ada deposit, tak ada payment.. Jiran nmpk dia pkai myvi putih...tak dpt tgk plat no.. Sbb owner dri kl nk balik jb. Dh lewat mlm..

Modus operandi..Call mlm2...stay berhari2...
Pastu rembat brg2..

0173634619

Take note..nie no guest yg curi.. gambar sempat save dr profile wassap dia sblm kena block.. tq..
.


Perform

video

Feature

Cat-5

Cat-6