Cat-1
Cat-2
Cat-3
Cat-4
Label: Kerajaan Sabah
Keindahan kawasan pelancongan di Sabah seperti Pekan Kundasang dan Gunung Kinabalu serta pantai-pantai yang putih memukau pasti dirindui oleh rakyat Malaysia sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu bagi mengawal penularan Covid-19.
Sudah tentu ramai rakyat dari Semenanjung yang sebelum ini telah menempah percutian ke Sabah turut bersedih apabila terpaksa dibatalkan berikutan pematuhan kepada perintah berkenaan.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, untuk membolehkan pengunjung dibenarkan masuk, mereka cuma perlu melakukan saringan Covid-19 tiga hari sebelum perjalanan dan disahkan negatif daripada wabak itu.
“Saya telah maklumkan semalam bahawa rakyat Malaysia yang berada di Semenanjung siapa sahaja mereka tetapi dia kena tunjukkan sijil pengesahan dalam tempoh tiga hari maknanya mereka tidak perlu kuarantin jadi mereka boleh mendaftar ke hotel dan berurusan kalau mereka dari Semenanjung kalau kita kuarantin 14 hari balik ke Semenanjung 14 hari lagi mereka tidak mahu datang.
“Tetapi kita mesti memantau data saya tengok purata kes satu, dua jadi saya fikir ini masanya kita terbuka sedikit tetapi pastikan mereka hijau, maknanya negatif, kalau negatif mereka boleh datang tetapi jangan pula negatif ini dua tiga bulan punya kelayakan sebab sakit ini melalui kontak kita tidak tahu jadi kita mesti periksa mereka bersih.
“Yang boleh datang orang yang negatif yang positif kita tidak galakan sama ada dia dari Kelantan, Perlis, Kedah, Selangor kita benarkan ini yang kita katakan ada urusan dia berniaga ke saya galakan mereka tinggal di hotel, sebab kit asudah buka hotel, ada hotel sudah mahu dijual jadi ini salah satu pendekatan kita,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Terdahulu beliau melancarkan aplikasi Sabahtrace iaitu sistem yang dibangunkan untuk merekodkan data setiap individu yang masuk ke mana-mana premis perniagaan secara digital.
Maklumat yang direkodkan adalah seperti nama, nombor telefon dan suhu badan untuk memudahkan pihak berkuasa menyimpan data bagi menangani wabak koronavirus.
Katanya, langkah itu diambil untuk memastikan ekonomi negeri dapat dipulihkan secara beransur-ansur selepas terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Tafsiran dia rakyat Sabah yang ada atau pun rakyat dari Semenanjung kita mana tahu dia pelancong atau ada urusan kerja kalau kita spesifik sangat susah nanti kenapa orang itu boleh datang kenapa saya tidak boleh cuma yang tidak boleh datang ke Sabah bila dia positif,” kata beliau.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi nombor telefon berikut 016-7145061 (Yusrie). Semua tempahan memerlukan deposit bagi memastikan tempahan yang dilakukan sahih dan tidak akan diberikan pada orang lain. Tempahan berdasarkan konsep "first come first serve".
Penginap yang hendak membuat tempahan perlu Whatsapp nama penuh, tarikh check-in, tarikh check-out kepada nombor telefon di atas. Nyatakan juga jumlah bilik yang diperlukan. Buat masa ini terdapat 13 bilik kesemuanya
Pihak admin Kupi-Kupi & Stay akan menghantar Whatsapp untuk pengesahan tempahan berserta no akaun Maybank bagi urusan pembayaran deposit tempahan. Jumlah deposit yang diperlukan adalah tertakluk harga bilik berdasarkan jumlah penginap hari yang hendak ditempah.
Setiap tempahan yang dibuat, deposit hendaklah dijelaskan dalam tempoh 3 hari dari tarikh tempahan. Sekiranya deposit tidak dapat dibank in dalam tempoh tersebut sila call / Whatsapp dan memaklumkan bahawa anda masih berminat utk meneruskan tempahan tersebut.
Tempahan tidak berdeposit adalah terbatal dengan sendirinya selepas tempoh yang diberikan tamat.
Popular Posts
-
Cara Bayar Bil SESB Online via Maybank2u Baru
Klik print receipt sebagai simpanan dan rujukan anda jika di perlukan. Cara Bayar Bil SESB Online via Maybank2u ... -
How to be a tourist in Sabah during Visit Malaysia 2020
Visit Malaysia 2020 How to be a tourist in Sabah during Visit Malaysia 2020 To say that Sabah is a great place to g... -
No.Telefon Mekanik Bergerak / Workshop KK -Seluruh Sabah
No.Telefon Mekanik Bergerak / Workshop KK -Seluruh Sabah. No.Telefon Mekanik Bergerak / Workshop KK -Seluruh Sabah ... -
Rindu Melancong ke Kundasang? Jika Negatif COVID-19 Jemput Datang
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, untuk membolehkan pengunjung dibenarkan masuk, mereka cuma perlu melakukan saringan... -
Room No 4 Konnichiwa
Room No 4 Konnichiwa (Family Room with 2 Queen Beds and 1 Single Bed). Room No 4 Konnichiwa Rate : 230 MYR... -
Iktibar! Warga Malaysia Kena Halau Airbnb Di Jepun
Buat malu Rakyat Malaysia jaa. Patutnya Sorang Daftar Masuk Ni 9 Orang! Warga Malaysia Kena Halau Airbnb Di Jepun ... -
Pelan Pemulihan Pelancongan dibawah Belanjawan 2021
Sidang Akhbar Pelan Pemulihan Pelancongan dibawah Belanjawan 2021. Sidang Akhbar Pelan Pemulihan Pelancongan dibawah Be... -
IKEA DVALA kain berkualiti
Tadi petang saya pergi IKEA Cheras, cari barang2 Homestay; cadar dan sarung bantal. IKEA DVALA kain berkualiti ... -
18 TEMPAT MAKAN BEST DI RANAU- KUNDASANG (EDISI TAHUN 2020)
Apa kata kita tengok di manakah tempat yang best untuk menjamu selera di sekitar Ranau ini. 18 Tempat Makan ... -
Tentang Kami
Approximately 6.2km away from Kundasang Town, sits the Colourfull Kupi-Kupi & Stay building. Loosely translated, ...
!====found1s>!====found1s>