Cat-1

Cat-2

Cat-3

Cat-4

Label: Kundasang

Jeremy Renner
10 Tempat Makan Best dan Padu!! Di Kundasang.

Kundasang merupakan salah satu tempat pilihan untuk bercuti di Sabah. Banyak tempat menarik di sini seperti Dream World Resort, Taman Rose dan Strawberi, Ladang Teh, Rumah Terbalik Tamparuli dan banyak lagi.


Sudah alang-alang bercuti di sini, pasti anda juga ingin merasai makanan tempatan dan tercari-cari tempat makan yang best-best di Kundasang.



Di sini, kami senaraikan 10 tempa makan best yang terdapat di sekitar Kundasang. No 10 tu pasti tempat makan wajib anda singgah kalau inginkan makanan yang segera dan kena dengan selera semua orang.

#1 Restoran Puteri Nabalu


Tidak lengkap rasanya jika ke Sabah tetapi tidak mencuba makanan mereka. Kerana itulah Puteri Nabalu sesuai untuk anda yang mahu mencuba rasa baru ini.


Puteri Nabalu menghidangkan masakan masyarakat Dusun/Kadazan. Antaranya ialah Pinarasakan Sada Takob-Takob, Sup Manuk Om Sokok, Hinava Sada dan banyak lagi. Mungkin namanya agak asing bagi rakyat semenanjung. Jadi, mesrakan diri untuk bertanya kepada pelayan. Anda mungkin tertarik dengan Naig Totidong yang bermaksud Nasi Beras Bukit. Ia adalah nasi dari beras merah yang dibungkus dengan daun tarap. Unik dan menyelerakan!

Alamat: 51, AH150, Pekan Kundasang, 89308 Kundasang

Waktu Operasi: Setiap hari (7am – 11pm)

#2 Restoran Syah Adilah


Ia terletak di jalan utama Kundasang dan kira-kira 10 minit pemanduan dari bandar Kundasang. Restoran masakan Cina Muslim ini menghidangkan banyak makanan tempatan yang sedap termasuk makanan laut. Pelanggan rata-rata memuji masakan mereka selain layanan yang mesra dan pantas. Restoran Syah Adilah paling sibuk semasa waktu makan malam.


Alamat: Jalan Kota Belud – Ranau, 89300 Ranau

#3 Restoran Bas Biru (BW Bus Restaurant)


Hanya 10 minit dari pekan Kundasang, Restoran Bas Biru adalah tarikan terbaru di Kundasang.


Ia dibuka pada 1 Julai 2018.


Restoran hipster ini menggunakan bas terpakai sebagai restoran mereka.
Menurut pemiliknya, konsep restoran adalah gabungan rehat, guna semula dan industry.


Hidangan utama mereka adalah masakan Barat dan sihat. Dari tingkap bas, anda akan dapat melihat pemandangan indah Gunung Kinabalu.


Bagi mereka yang suka memasukkan gambar ke dalam Instagram, ini adalah berbaloi untuk dilawati.

Alamat: Batu 7, Kg. Pinausok Kundasang, Ranau

#4 Kundasang BBQ Chicken Wings


Kata orang, tak lengkap percutian anda kalau tidak mencuba barbeku kepak ayam di sini.

Ia terletak di hadapan Hidayah Restaurant & Catering, berhampiran dengan bulatan besar Kundasang.


Selain kepak, mereka turut menjual Satay Buntut iaitu bahagian punggung ayam yang sebenarnya merupakan kegemaran rakyat Sabah.

Alamat: Jalan Mohimboyon Kibas, 89308 Kundasang

#5 H.Benjamin Residence Mount Kinabalu, Kundasang


Pemandangan sekeliling cantik, udara yg segar, tempat tinggal, tempat makan & sesuai untuk ibu bapa yang ada anak kecil sebab kawasan luas dan selamat untuk kanak-kanak, lagipun kadang-kadang kanak-kanak kecil suka berlari-lari kan.


Menu wajib bercuti di Kundasang makan malam Steambot Grill di H.Benjamin Resicedence sebuah Restoren dengan suhu bawah 15c.

Alamat: Lot No D17, Mount Kinabalu Golf Club, 89309 Kundasang, Sabah, Malaysia
Waktu Operasi: Setiap hari (7.30am – 9pm)


#6 Restoran Selera Kebun Soboroong


Restoran Selera Kebun Soboroong menyediakan masakan Cina dan kampung. Antara hidangan istimewa mereka adalah kepak panggang dan soto.


Anda juga mungkin mahu mencuba masakan Dusun seperti Linopot Ayam Penyet dan masakan tempatan Sabah yang lain seperti Nasi Ayam Mbak Likas, Nasi Ayam Sembulan dan Nasik Katok.


Harga makanan di sini bermula pada RM3.50, harga yang amat berpatutan!

Alamat: Kg. Cinta Mata, Kundasang, Ranau

Waktu Operasi: Setiap hari (7am – 9pm)

#7 Restoran Hidayah & Catering


Ia terletak betul-betul di hadapan dataran di mana ramai orang berhenti untuk mengambil gambar Gunung Kinabalu. Ini menjadikan ia lokasi yang menarik tanpa sengaja.


Apa yang menarik di sini adalah anda boleh membeli sayur-sayuran di Pekan Kundasang dan minta tukang masak di restoran ini untuk memasaknya. Jika tidak, pesan sahaja makanan sepertimana biasanya di mana-mana restoran.

Alamat: Jalan Mohimboyon Kibas, 89308 Kundasang

Waktu Operasi: Setiap hari (6.30am – 9pm)

#8 Balsam Buffet Restaurant


Harga puratanya adalah RM50 sehingga RM60 untuk seorang.


Walaupun harganya boleh dikatakan agak mahal, tapi lokasinya amat bagus. Ia berhampiran dengan Kinabalu Park atau di bawah Gunung Kinabalu.


Jadi, anda makan sambil menikmati pemandangan hijau hutan yang menakjubkan. Namun, ini bukanlah tempat makan terbaik bagi mereka yang melancong secara bajet.


Alamat: Jalan Kinabalu, Pintu Masuk Taman Negara Kinabalu, Kundasang

Waktu Operasi: Setiap hari (630am – 9pm)

#9 Intan Restaurant & Café


Restoran ini terletak bersebelahan dengan Restoran Hidayah & Catering iaitu di hadapan dataran di mana orang ramai mengambil gambar Gunung Kinabalu.


Nasi panas dengan sup panas amat sesuai untuk menghangatkan badan yang sejuk sambil menikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu. Tambah juga kepak panggang dalam hidangan anda bagi menambah selera.

Alamat: 89308 Kundasang

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam, setiap hari

#10 KFC


Ini mungkin agak mengejutkan kerana ia berada dalam senarai. Tapi inilah ‘penyelamat’ kepada anda sekiranya mahu cepat makan memandangkan tiada banyak kedai makan terdapat di Kundasang.


Bagi sebahagian pelancong, KFC adalah pilihan termudah yang boleh didapati.

Alamat: 1st Floor, Kedai Sedco Kundasang, 89300 Kundasang

Waktu Operasi: Setiap hari (10am – 10pm)

Kesimpulan


Anda suka kedai makan yang mana? Atau anda ada cadangan tambahan lain? Jangan lupa untuk memberi cadangan tempat makan best di Kundasang yang lain untuk kami masukkan dalam senarai ini.

Oh, yang penting jangan lupa share artikel ini ya.

Selain tempat makan best di Kundasang, kami juga mempunyai artikel tempat makan menarik yang lain untuk anda baca.


Perform

video

Feature

Cat-5

Cat-6