Cat-1

Cat-2

Cat-3

Cat-4

Latest Posts

Kickbola.net"Homestay di tempat lain mewah dengan servis padu. Tapi di Malaysia, itu adalah mustahil dan harga homestay mestilah murah di bawah RM250 boleh muatkan babi berkandang-kandang.".

'Homestay di Malaysia mestilah murah di bawah RM250 & boleh memuatkan babi berkandang-kandang' - Pelanggan selar netizen 'cheapskate'

7 Shocking Facts About Malaysian and Our Attitude in Regards to Homestay

Tipu homestay nih, memang benda biasa berlaku setiap hari. Cuma bila baca tang komen, aku tak sangka majoriti Melayu Muslim cuba normalisasikan perbuatan nih.

(#2 Paling Power)

#1 - Sub-standard

Many Malaysian think that homestay ini tak ada standard berbanding hotel. Kalau hotel cikai-cikai pun, kurang-kurang 3 star. Homestay dia akan terus pergi sub-zero star.

Therefore, we tend to "create our own rules" when it comes to homestay. Contohnya, sewa satu rumah dan bawak satu kampung duduk.

Rumah untuk 8 orang, sampai satu bas persiaran masuk. Gila ke apa?

Check-in dan check-out juga nak ikut timing sendiri. "Semalam saya check-in lewat pukul 10 malam, jadi hari nih saya nak check-out pukul 10 malam!"

Bila tak bagi, dia persoalkan macam rumah itu Mak Bapak dia yang punya.

#2 - Yang Haram tuh Babi dan.....

Orang Melayu nih sangat menitik beratkan soal halal-haram. Tapi haram itu terhad hanya pada babi saja. Dan Cina.. 😆😆

Bila kita menzalimi Tuan Rumah dengan menginap dalam jumlah yang lebih daripada yang dibenarkan, kita tak rasa pun perbuatan tuh haram. Malah ada yang menunggang agama "Kalau kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita". Anjirrrr lhoo!

Walaupun kau cuma bayar untuk "rumah jer" dan bukannya makan minum. Kau tahu tak, air paip yang kau guna untuk bancuh kopi tuh tetap haram tau.

Ya, bukan hanya Xin Fu Tang yang diragui kehalalannya. Air paip homestay pun diragui kehalalannya. Ambil wudhu' pakai air haram woih. MasyaAllah. Bertaubatlahh!

#3 - Homestay tak boleh diassociatekan dengan Luxury

Kalau kita bukak Airbnb, ada homestay-homestay yang dikategorikan sebagai Airbnb Plus dan Airbnb Luxe. Yang terdekat dengan kita, ada banyak di Bali.

Yang masuk dalam kategori ini, biasanya adalah homestay-homestay yang mewah dengan servis yang paduuu. But that's not the case in Malaysia. Homestay mestilah murah, harga mestilah di bawah RM250 dan boleh memuatkan babi berkandang-kandang.

#4 - Kedai Perabot Terpakai

Kebanyakan homestay di Bali contohnya dipenuhi dengan hiasan menarik dan mewah. But that's not happening in Malaysia. No way!

Kita tak boleh salahkan owner 100%. Sebab perangai tak semenggah rakyat Malaysia sendiri yang suka duduk macam sardin yang menyebabkan owner terpaksa mengawal risiko dengan meletakkan perabot second hand atau "buangan" dari rumah lama.

#5 - Wedding of The Year dengan budget senipis kulit bawang

Selain hotel, homestay juga dipilih menjadi lokasi perkahwinan. Bukan saja tak perlu nak kemas rumah, tapi depa boleh mengadakan majlis gilang gemilang dengan kos hanya serendah RM200 satu malam. Yang sengsara, owner homestay.

#6 - No Future

Bisnes homestay ini dianggap bisnes geli-geli, bisnes hujung minggu saja. Tak berbaloi untuk dijalankan secara fulltime. Hasil dari pemikiran beginilah yang melahirkan "homestay perabot terpakai" dan juga tetamu yang tak beretika.

Sedangkan, ada orang Cina yang berjaya buat RM300 ribu setiap bulan dengan homestay. Kenapa kita cuma buat pat lima ratus jer?

#7 - Cleaning Fee

Ramai yang fikir, hanya kerana ada caj cleaning fee, depa "entitled" untuk menyepahkan rumah. Yang depa tak tahu, tujuan caj cleaning fee tuh adalah untuk:

  1. Mengasingkan rate sewa dengan rate yang perlu dibayar pada cleaner.
  2. Merendahkan harga homestay. Ya, cleaning fee boleh jadikan homestay lebih murah. Macam mana?
Sebab kalau kita book di Airbnb contohnya, cleaning fee tuh dikira sekali sahaja. Jadi kalau kita book 5 - 6 malam, harga rumah tuh jadi lebih murah lah sebab kita cuma perlu bayar servis pembersihan sekali sahaja.

Kalau diabsorb dalam harga bilik, kita terpaksa bayar cleaning fee tuh untuk setiap hari yang kita menginap, walaupun owner tak sediakan servis housekeeping pun.

Atas sebab "ignorance" dan perangai tak semenggah kita inilah, dulu pernah tular kes rakyat Malaysia yang berak kat tempat shower homestay di Jepun. Itu tak layak dipanggil rakyat Malaysia. Lebih layak dipanggil binatang.

Kita juga terlepas peluang untuk menginap di tempat yang unik sebab ramai owner yang reluctant untuk kongsikan rumah mereka yang lawa-lawa tuh kat kita, sebab perangai tak semenggah kita nih.








......

Kewujudan Airbnb dan juga platform sharing economy macam Grab ini adalah rahmah buat customer dan juga owner. Sebab dua-dua pihak ada tanggungjawab. Owner bertanggungjawab untuk menyediakan servis yang terbaik dan pelanggan pula bertanggungjawab untuk tidak menyalah gunakan perkhidmatan.

Meninggalkan homestay atau hotel dalam keadaan baik juga adalah salah satu dari tanggungjawab customer. Pelanggan akan direview selepas menginap. Jadi owner boleh memilih pelanggan sebab sekarang ini "customer is NOT always right".

Jadilah pengguna yang bertanggungjawab. Kalau kita tak dapat harumkan nama Malaysia pun, tidaklah kita berak merata dan membusukkan nama Malaysia.

Pelanggan yang considerate

p.s : tak bertanggungjawab kalau bontot kau terluka.. 😆😆

Kickbola.netPatut la rasa gatal-gatal masa tidur, sampai ke atas dinding pun ada!.

'Patut la rasa gatal-gatal masa tidur, sampai ke atas dinding pun ada!' - Bed bugs bersepah dalam bilik hotel

"Kecewa weh dengan hotel ni," demikian ekspresi awal pengadu mengenai sebuah hotel yang didiaminya baru-baru ini di Melaka.

Hajat untuk berehat dan tidur dengan tenang bertukar menjadi tidak selesa ekoran kehadiran pepijat di tilam dan turut ditemui merayap ke dinding bilik hotel. 

"First kena dah buat complaint ada binatang ni. Ingat dah clear, tup-tup ada lagi. Patutlah masa nak lelap tadi rasa gatal-gatal badan. Ingatkan nyamuk, sekali bukak lampu, haaa! Pijat! Sampai ke atas dinding pun dia (pepijat) ada. 

"Korang nak pergi Melaka berhati-hatilah dengan hotel ini. Harga tak adalah murah sangat. Pastu time nak tukar bilik, kad tertinggal kat bilik tu. Patah balik terdengar bunyi budak-budak menangis. Padahal bilik ini di hujung sekali. Nangis yang pelik haa masalah lain pula datang. 

"Tapi aku lagi risau pasal pijat dari hantu tu. Tukar bilik baru pun ada pijat tapi tak banyak la. But still ada kan," kata Jimmy Moschi di Facebooknya. 

Keadaan itu membuatkan pengadu rasa tidak selesa dan mahu segera mencari hotel lain. Tetapi keadaan tidak mengizinkan kerana sudah lewat malam. 

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, kedua-dua katil di bilik itu diselongkar dan menemui banyak pepijat yang merayap di sekitar tilam tersebut. 

Malah pepijat itu boleh ditemui di atas siling, dinding dan ada di antaranya sudah gemuk kerana kenyang selepas menghisap darah pengadu. 












Sumber: Jimmy Moschi

Kickbola.net [FOTO] Koleksi Dekorasi Lipatan Tuala Kreatif Di Hotel Yang Mencuit Hati!.

Seni lipat-lipat tuala

Aida nak share cara lipat tuala supaya nampak kemas & almari pon nampak tersusun.

Jika menempah bilik hotel untuk sambutan hari istimewa atau berbulan madu, pihak pengurusan hotel akan menyediakan hiasan istimewa. Atau mungkin korang check-in ke hotel 5 bintang akan ada hiasan tuala yang dilipat menjadi bentuk angsa

Cara lipatan ni kami praktikkan untuk Kupi-Kupi & Stay.

Step-step ada dekat gambar di bawahnya.

Kawan-kawan boleh cuba, nak simpan pun senang & bila nak gunakan pun senang ambil serta tidak rosakkan tuala lain.

#caragulungtuala

Jika menempah bilik hotel untuk sambutan hari istimewa atau berbulan madu, pihak pengurusan hotel akan menyediakan hiasan istimewa.

Atau mungkin korang check-in ke hotel 5 bintang akan ada hiasan tuala yang dilipat menjadi bentuk angsa.

Biasanya itu sahajalah bentuk paling popular yang pihak hotel akan buat menandakan kedatangan korang dialu-alukan.









Namun apa pula pendapat korang bila buka sahaja pintu bilik dan ternampak lipatan tuala seperti gambar-gambar berikut?

Jeremy Renner
Polis menemui beberapa barangan dipercayai 
barang curi.

Geng Homestay tumpas

EMPAT lelaki yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan curi sekitar kawasan Ampang Baru, Kampung Rapat dan Tambun, Ipoh sejak awal tahun ini diberkas dalam tiga serbuan berasingan minggu lalu.


PENCURI HOMESTAY!!! HATI2...

Mereka yang berusia 26 hingga 42 tahun itu diberkas dalam Ops Pintu yang dijalankan di sekitar kawasan Taman Cempaka, Ipoh pada 24 dan 27 Jun lalu.

Modus operandi mereka adalah menjadikan rumah inap desa sebagai sasaran utama dengan menyamar penyewa sebelum melarikan pelbagai barangan berharga di kediaman berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, serbuan pertama 24 Jun lalu berjaya menahan lelaki berusia 42 tahun dan suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau.

“Hasil tangkapan pertama polis menemui beberapa barangan dipercayai barang curi termasuk Proton Wira dan soal siasat terhadap suspek membawa kepada serbuan kedua 27 Jun lalu.
“Serbuan kedua di sekitar kawasan sama membawa penahanan dua lelaki berusia 26 dan 29 tahun dengan suspek berusia 26 tahun ada tiga rekod lampau,” katanya pada sidang media di Balai Polis Ampang Baru, Ipoh hari ini.

Menurutnya, serbuan ketiga dilakukan pada hari sama di kawasan sama juga membabitkan lelaki berusia 31 tahun dan mempunyai dua rekod lampau.

“Penjenayah ini yang bergerak secara berkumpulan dan juga bersendirian mensasarkan rumah kediaman penduduk setempat, rumah sewa penuntut institut pengajian tinggi berhampiran dan inap desa.

“Bagi inap desa taktik digunakan adalah menyewa dengan menggunakan lesen memandu orang lain untuk beberapa hari serta membayar separuh deposit sebelum melarikan barangan berharga seperti barangan elektrik di kediaman yang disewa itu,” katanya.

Mohd Ali berkata, susulan penangkapan keempat-empat suspek berkenaan polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes pecah rumah dan kecurian sekitar kawasan Ampang Baru, Kampung Rapat dan Tambun membabitkan kerugian dianggarkan RM40,000.

“Semua suspek didapati positif syabu dan direman bermula 28 Jun lalu hingga hari ini dan polis akan memohon lanjutan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel Berkaitan.


Tolong Admin Homestay Malaysia viralkan, okey...
Admin copy & paste

Kisah kawan saya..
Hs mak aji nie tak jauh dri hs saya di Taman Perling,JB...
Last week mak aji nie gi konvo anak dia kt KL..
Mlm yg sama lewat mlm ada guest call nk stay di studio mak aji nie...rate Rm 75.00.

Esok nya selepas balik jb..mak aji just passing by her hs...viewing ada kids shoes..meaning ada org..
Esok bila mak aji sruh pak aji gi check, guest sambung sampai 3 mlm..

Endingnya bila hri ke 3..check.. Brg dh hilang..
Tv, rice cooker, iron dan electrical jug.. Tak ada deposit, tak ada payment.. Jiran nmpk dia pkai myvi putih...tak dpt tgk plat no.. Sbb owner dri kl nk balik jb. Dh lewat mlm..

Modus operandi..Call mlm2...stay berhari2...
Pastu rembat brg2..

0173634619

Take note..nie no guest yg curi.. gambar sempat save dr profile wassap dia sblm kena block.. tq..
.


Jeremy Renner
Yang ni pengotor Sangat, yang tidak sepatutnya pun 
buang dilantai saja 😰

Penyewa Wanita paling pengotor di Malaysia

Sakit jantung abang pagi tadi, lokasi abang rahsiakan demi jaga aib.


Di sebabkan ada kerosakkan paip, air dari sistem pembentungan melimpah keluar. So abang terpaksa masuk bilik penyewa ni ( dah minta izin ). Tp dia mcm berat sikit la nak bagi masuk. Katanya bersepah.
Jeremy Renner
Tak nak risiko, jangan bagi sewa.
Ni bukan bersepah dah ni tapi ni RUMAH SAMPAH ! sempat la jumpa 2,3 ekor setan dlm bilik ni tadi..😪

Sedih, sakit hati, kecewa..
Tak tau la ape yg abang rasa skang. Semua ada. Ni penyewa yg masih menyewa & sgt teruk tahap PENGOTOR dia 😭 Dan paling sedih dia seorang PEREMPUAN yg luarnya mekap lawa, wangi & bergaya 🙄 tapi pada hakikatnya? Please la jgn kawen dgn dia ni..😒

Ni takde abang nak cover ke ape. Bra spender bersepah. Makan bersepah. Kuah ape ntah tumpah kat lantai. Plug tak tutup. Yg paling geli pantiliners dia buang atas lantai je. Korang tgk la dlm setiap gambar. Boleh bayangkan tak manusia hidup dgn setan mcm mana?


Abang cukup² jaga rumah abang supaya tak ada maksiat, supaya tak ada benda tak elok yg berlaku.Adoi lah, nak di rotan kang anak org 😅 harap abang ceramah kat wasap dia boleh sedar la Ko nok ababg hantar suara azan kat voice wasap skali?😪


Jeremy Renner
Tadi petang saya pergi IKEA Cheras, cari barang2 Homestay; cadar dan sarung bantal.

IKEA DVALA kain berkualiti

DVALA kain berkualiti, thread count 152. Kalau thread count lebih 200, harganya lagi mahal.


Harga cadar DVALA putih 240cm x 260cm dah turun harga jadi RM29.90, biasa RM59.90.
Jeremy Renner
DVALA Quilt cover and 4 pillowcases, white, 240x220/50x80 cm.
Murah dah tu bagi saya.

Cadar DVALA bagi saya berkualiti juga. Buat setakat ni, saya dah pakai dekat 3 tahun okay lagi.

Biasanya saya nak jimat, saya beli cadar KNOPPA, kualiti kurang sikit berbanding DVALA.

Saya beli 2 cadar single KNOPPA, gabung 2 untuk bagi muat katil queen.

Harga biasanya RM14.90 utk saiz 90cm x 200cm.

Perlu beli 2 set knoppa single, jahit untuk dapat saiz cadar queen.

Untuk sarung bantal, saya suka DVALA, 2 set RM19.90. Berkualiti bagi saya.


Saya suka beli warna putih.

Nak ganti pun senang, sebab sentiasa ada jual di Ikea.


Kalau sebelum ni beli yang corak-corak dan warna, susah nak ganti sebab di Ikea, warna dan corak ni ada ikut musin dan promosi.


Biasanya yang corak perlu beli 1 set dangan quilt selimut.



Payah sikit nak ganti kalau 1 sarung bantal hilang atau rosak.

Perform

video

Feature

Cat-5

Cat-6