Cat-1

Cat-2

Cat-3

Cat-4

Latest Posts

Jeremy Renner
Room No 3 Ahn nyong
(Family Room with 2 Queen Beds and 1 Single Bed).

Room No 3 Ahn nyong

Rate : RM 230 per malam

  • Deposit: RM 115
  • Lokasi : Dari Dairy Farm Desa Cattle drive terus sampai nampak jambatan dan slow, Jalan menaiki bukit Kg Mesilou sehingga Gate kampung jalan terus tanpa memasuki simpang, lurus dan anda akan nampak signboad Kupi-Kupi & Stay di sebelah kanan.
  • Ciri-ciri bilik: 2 x Queen Bed dan 1 Katil Single (5 Orang), Tandas, Kettle pemanas air, 3in1 Coffee,Astro Njoi
    *Tiada aircond, tiada kipas. Kundasang dah memang tersangat sejuk, tak perlukan semua tu pun.
  • Minimum: 5 Orang
  • Maksimum: 5 Orang (Bilik Besar - Lebih dari 5 orang akan dikenakan RM 30 Setiap Kepala untuk Tilam, bantal, Selimut dan Tuala extra)
  • Kitchen : Sewa +RM 20 - dapur memasak, peti sejuk, rice cooker, toaster.
  • Ruang Legar: Unifi TV, Meja Makan, Kettle.
  • Remark : Setiap bilik dipisahkan dengan Ruang legar, so memang tidak ganggu privacy guest lain. Rumah ni sebiji, tapi dalam dia ada 13 bilik untuk stay. Oh, extra bed 30 MYR saja, ia satu set dengan tilam bantal dan comforter.
  • View : Perlu naik ke atas balkoni (Tingkat 1) untuk menikmati pemandangan menakjubkan Gunung Kinabalu. Sejuk dia memang sejuk gila okay.
  • Check in 2pm, Check out 12 pm.
How to book?
1-    Deposit 50% = 115 MYR dari harga bilik ke dalam akaun maybank kami.
2-   Selepas pembayaran deposit dibankin , whatsapp kami resit bankin anda dan kami akan isu berupa resit Invois sebagai rujukan bersama. Simpan resit tu, sebab nanti kena bawa masa check in.
3-    Masa check-in, bayarlah selebihnya masa tu.
4-    Enjoy your stay.
Paling penting, we feel safe here sebab reception buka sampai tengah malam dan betul betul di depan rumah tu sahaja, senang berhubung. 
Parking pun ada. After midnight, kami akan kunci sliding door tu. Terdapat juga Gerai makan di sekitar stay ini dengan berjalan kaki pun boleh.











Jeremy Renner
Room No 2 Ni hao
(Family Room with 2 Queen Beds and 1 Bunk Bed).

Room No 2 Ni hao

Rate : RM 250 per malam

  • Deposit: RM 125
  • Lokasi : Dari Dairy Farm Desa Cattle drive terus sampai nampak jambatan dan slow, Jalan menaiki bukit Kg Mesilou sehingga Gate kampung jalan terus tanpa memasuki simpang, lurus dan anda akan nampak signboad Kupi-Kupi & Stay di sebelah kanan.
  • Ciri-ciri bilik: 2 x Queen Bed dan 1 Katil Bertingkat (6 Orang), Tandas, Sofa, Kettle pemanas air, 3in1 Coffee,Astro Njoi
    *Tiada aircond, tiada kipas. Kundasang dah memang tersangat sejuk, tak perlukan semua tu pun.
  • Minimum: 6 Orang
  • Maksimum: 8 Orang (Bilik Besar - Lebih dari 6 orang akan dikenakan RM 30 Setiap Kepala untuk Tilam, bantal, Selimut dan Tuala extra)
  • Kitchen : Sewa +RM 20 - dapur memasak, peti sejuk, rice cooker, toaster.
  • Ruang Legar: Unifi TV, Meja Makan, Kettle.
  • Remark : Setiap bilik dipisahkan dengan Ruang legar, so memang tidak ganggu privacy guest lain. Rumah ni sebiji, tapi dalam dia ada 13 bilik untuk stay. Oh, extra bed 30 MYR saja, ia satu set dengan tilam bantal dan comforter.
  • View : Perlu naik ke atas balkoni (Tingkat 1) untuk menikmati pemandangan menakjubkan Gunung Kinabalu. Sejuk dia memang sejuk gila okay.
  • Check in 2pm, Check out 12 pm.
How to book?
1-    Deposit 50% = 125 MYR dari harga bilik ke dalam akaun maybank kami.
2-   Selepas pembayaran deposit dibankin , whatsapp kami resit bankin anda dan kami akan isu berupa resit Invois sebagai rujukan bersama. Simpan resit tu, sebab nanti kena bawa masa check in.
3-    Masa check-in, bayarlah selebihnya masa tu.
4-    Enjoy your stay.
Paling penting, we feel safe here sebab reception buka sampai tengah malam dan betul betul di depan rumah tu sahaja, senang berhubung. 
Parking pun ada. After midnight, kami akan kunci sliding door tu. Terdapat juga Gerai makan di sekitar stay ini dengan berjalan kaki pun boleh.












Kickbola.netTertuduh didakwa mencuri sebuah televisyen 40 inci bersama alat kawalan jauh jenama Sony dan sebuah seterika berserta papan penggosok .

Pasangan kekasih didakwa curi barangan inap desa

Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret secara berasingan, atas tuduhan mencuri barangan elekrik dan perkakas dari sebuah inap desa di sini, awal bulan ini.

Tak mengaku curi barangan elektronik

Tertuduh, Siti Farah Noraisah Hussin, 23 tahun, yang beralamat di Bukit Setongkol di sini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Najwa Hashim.

Dia yang bekerja sendiri didakwa mencuri sebuah televisyen 40 inci bersama alat kawalan jauh jenama Sony dan sebuah seterika berserta papan penggosok antara pukul 6.00 hingga 7.00 pagi, 1 Dis lepas di sebuah inap desa di Bukit Istana di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Siti Farah Noraisah yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah menetapkan jaminan yang rendah atas alasan hanya memperoleh pendapatan bulanan sekitar RM800 (S$261).

Cik Najwa membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,500 (S$817) dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Jan depan sebagai sebutan semula kes untuk tertuduh melantik peguam.

Di mahkamah sama, teman lelaki Siti Farah Noraisah, Nor Affiffudin Mat Nordin, 19 tahun, mengaku tidak bersalah atas tuduhan membantu memindahkan barangan tersebut pada masa dan tempat yang sama.

Pendakwaan terhadap Nor Affiffudin dijalankan mengikut Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Cik Najwa membenarkan tertuduh yang beralamat di Taman Alam Perdana di sini, dibebaskan dengan jaminan RM2,500 (S$817) dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Jan depan sebagai sebutan semula kes.

Kedua-dua tertuduh ditangkap pada 4 Dis lalu, iaitu sehari selepas pemilik inap desa itu membuat laporan polis berhubung kehilangan barangan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh.

Jeremy Renner
Room No 1 Merhaba
(Family Room with 2 Queen Beds and 2 Bunk Bed).

Room No 1 Merhaba

Rate : RM 300 per malam

  • Deposit: RM 150
  • Lokasi : Dari Dairy Farm Desa Cattle drive terus sampai nampak jambatan dan slow, Jalan menaiki bukit Kg Mesilou sehingga Gate kampung jalan terus tanpa memasuki simpang, lurus dan anda akan nampak signboad Kupi-Kupi & Stay di sebelah kanan.
  • Ciri-ciri bilik: 2 x Queen Bed dan 2 Katil Bertingkat (8 Orang), Tandas, Sofa, Kettle pemanas air, 3in1 Coffee,Astro Njoi
    *Tiada aircond, tiada kipas. Kundasang dah memang tersangat sejuk, tak perlukan semua tu pun.
  • Minimum: 8 Orang
  • Maksimum: 10 Orang (Bilik Besar - Lebih dari 8 orang akan dikenakan RM 30 Setiap Kepala untuk Tilam, bantal, Selimut dan Tuala extra)
  • Kitchen : Sewa +RM 20 - dapur memasak, peti sejuk, rice cooker, toaster.
  • Ruang Legar: Unifi TV, Meja Makan, Kettle.
  • Remark : Setiap bilik dipisahkan dengan Ruang legar, so memang tidak ganggu privacy guest lain. Rumah ni sebiji, tapi dalam dia ada 13 bilik untuk stay. Oh, extra bed 30 MYR saja, ia satu set dengan tilam bantal dan comforter.
  • View : Perlu naik ke atas balkoni (Tingkat 1) untuk menikmati pemandangan menakjubkan Gunung Kinabalu. Sejuk dia memang sejuk gila okay.
  • Check in 2pm, Check out 12 pm.
How to book?
1-    Deposit 50% = 150 MYR dari harga bilik ke dalam Akaun Maybank kami.
2-   Selepas pembayaran deposit dibankin , whatsapp kami resit bankin anda dan kami akan isu berupa resit Invois sebagai rujukan bersama. Simpan resit tu, sebab nanti kena bawa masa check in.
3-    Masa check-in, bayarlah selebihnya masa tu.
4-    Enjoy your stay.
Paling penting, we feel safe here sebab reception buka sampai tengah malam dan betul betul di depan rumah tu sahaja, senang berhubung. 
Parking pun ada. After midnight, kami akan kunci sliding door tu. Terdapat juga Gerai makan di sekitar stay ini dengan berjalan kaki pun boleh.

 
 
 














Kickbola.netKerajaan Pahang mahu laksanakan 'Cukai Katil' untuk pelancong yang menginap di hotel, mulai 2020.

Kerajaan Pahang mahu laksanakan 'Cukai Katil' untuk pelancong yang menginap di hotel, mulai 2020

Kerajaan Pahang mahu laksanakan 'Cukai Katil' untuk pelancong yang menginap di hotel, mulai 2020

Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan parti Barisan Nasional dilaporkan akan mengenakan kutipan cukai kerajaan tempatan bagi perkhidmatan penginapan seperti bilik atau katil pada tahun hadapan.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, kadar cukai itu hanya akan dikenakan kepada pelancong yang mengunjungi negeri Pahang sahaja.

Pengenalan cukai bilik atau katil itu dilaksanakan bagi mengikuti langkah yang dibuat oleh kerajaan Melaka dan Pulau Pinang. Bagaimanapun kadar yang akan dikenakan masih dalam perbincangan.

Mohd Sharkar turut menjelaskan bahawa jumlah tersebut tidak terlalu tinggi dan berkemungkinan sekitar hanya RM2, RM3 atau RM5.

Beliau berkata, sebanyak 8.3 juta pelancong melawat Bentong pada tahun lepas dan Pahang  menjadi destinasi pelacongan yang popular. Tambahnya lagi, Bentong mempunyai bilangan tertinggi kerana ramai pelancong yang suka berkunjung ke Genting Highland, Bukit Tinggi dan Janda Baik. Data diperoleh itu melibatkan pelancongan yang bermalam sama ada di hotel atau inap desa.

Bagaimanapun, beliau percaya jumlah itu mungkin bertambah sekiranya mengambil kira pengunjung yang tidak menginap.

Mohd Sharkar juga menjelaskan bahawa Pahang adalah destinasi pelancongan yang dipilih  disebabkan kedudukan atau laluan masuk yang mudah..

Kickbola.netMenerusi FB Saka Shopper, saya ingin berkongsi kepada anda beberapa tips untuk bercuti ke Kundasang, Sabah.

10 Tips Bercuti ke Kundasang Sabah

Ramai yang suka bercuti kan?

Saya dan famili pun suka bercuti. Alhamdulillah, dah banyak tempat menarik yang kami pergi di dalam Malaysia ni. Tetapi, dalam banyak tempat best untuk bercuti di Malaysia ni, kami masih belum berkesempatan untuk bercuti ke Sabah.

Sabah adalah merupakan destinasi percutian dalam Malaysia yang cukup menarik. Ramai yang dah ke Sabah akan pulang dengan seribu kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Salah satu tempat menarik di Sabah yang sering diperkatakan orang ialah Kundasang.

Daerah Kundasang di Sabah mempunyai tarikan yang boleh menyebabkan sesiapa sahaja ke sana, pasti akan teringin untuk kembali. Bila berada di Kundasang, seolah anda berada di luar negara. Pemandangan di Kundasang cukup indah dengan suasana yang nyaman dan damai.

Perkongsian tips ini telah mendapat lebih daripada 40 ribu perkongsian selain 15 ribu komen setakat post ini ditulis.

Ya, memang ramai yang telah berkunjung dan bercuti di Kundasang ini, dan lebih ramai yang teringin untuk pergi ke sini. Bukti bahawa Kundasang adalah satu satu destinasi percutian yang menjadi perhatian ramai.

Jom ikuti tips ini .. pasti akan berguna nanti bila sudah ada bajet untuk bercuti ke Kundasang, Sabah.


1.Ambil flight awal ✈

Sesiapa yg bercadang terus ke Kundasang disyorkan ambil flight awal ke Kota Kinabalu (sama ada pagi/tengahari/awal petang). Kalau flight sampai KK lewat petang/malam sebaiknya bermalam di KK dulu, keesokan paginya baru gerak ke Kundasang 🚗 Sebab apa? 👇

2.Perjalanan 2 jam 🚗

Perjalanan KK ke Kundasang ambil masa dalam 2 jam. Mula2 akan melalui fasa jalan lurus dari KK-Tuaran-Tamparuli. Kemudian selepas melalui Tamparuli barulah memasuki fasa jalan berbukit2 hingga ke Kundasang. Sila guna waze ke Kundasang sebab signboard ke sana tak banyak. Kalau jumpa signboard pun tulis ke Ranau, boleh ikut juga sebab Ranau terletak selepas Kundasang. Biasanya jalan berbukit mulai gelap berkabus dalam jam 5.30ptg-6ptg. Tidak digalakkan memandu kepada mereka yg tidak biasa melaluinya sebab bahaya


3.Isi minyak di KK ⛽

Kalau ada yg nak isi minyak ke cucuk ATM ke solat ke buang air ke makan2 ke beli snacks ke, sila buat siap2 di area KK. Susah nak jumpa stesen minyak dalam perjalanan. Kalau terlupa jangan risau stesen minyak terakhir (kalau tak silap) ada SHELL betul2 sebelah Rumah Terbalik Tamparuli. Kalau terlupa juga, berpusing2 nanti cari minyak di Kundasang 😅Di pekan Ranau atas lagi dalam 20minit dari pekan Kundasang ada Petronas.

4.Tarikan dalam perjalanan

Apabila melalui kawasan Tamparuli bolehlah singgah Rumah Terbalik & 3D Wonder Museum betul2 di tepi jalan belah kiri. Kalau nak singgah Jambatan Tamparuli kena pergi ke arah pekan. Terpulang nak pergi tempat2 tarikan ni masa perjalanan pergi mahupun waktu pulang nanti ke KK.

5.Untuk Muslim

Selepas simpang Tamparuli nak ke Kundasang ada beberapa gerai tepi jalan kiri kanan. Tak perlu susah2 singgah ya. Gerai2 tu jual sinalau bakas ataupun babi hutan salai. Sila teruskan perjalanan ok!


6.Tempat tarikan Kundasang

Tempat2 tarikan ni jaraknya jauh2 sikit. Sebelum sampai Kundasang akan melalui Pekan Nabalu. Bolehlah singgah beli souvenirs murah2 sana berbanding di KK. Terus lagi jumpa Kinabalu Park (starting point hiking Gunung Kinabalu). Terus lagi sampai jumpa roundabout sayur Kobis situlah Pekan Kundasang. Bolehlah pergi Desa Dairy Farm, War Memorial, etc. Jangan lupa singgah Masjid Kundasang atas bukit tu dan juga gerai2 jual sayur, buah murah2 di tepi jalan tu.


7.Kedai makan 🍚 🍜

Tak banyak kedai makan di Kundasang. Ada yg suka fastfood ada KFC sana. Kalau nak cari tempat makan, roundabout Kobis tu dari KK belah kanan, ada Intan Restaurant & Hidayah Restaurant. Order nasi putih & sup panas2 memang sedap dgn cuaca sejuk2 ni. Jangan lupa try chicken wings Kundasang 👍

8.View gunung cantik 😍

Jauh2 datang Kundasang mestilah nak tengok Gunung Kinabalu kan...Gunung Kinabalu ni jelas kelihatan mulai jam 6pagi hingga 10pagi. Lebih kurang jam 11pagi gunung mulai dilitupi kabus awan. Tidurlah di Kundasang satu malam kalau tak nak terlepas peluang keemasan tu. Ada banyak pilihan hotel/homestay. Sila booking lebih awal. Best bila bangun pagi2 dalam kesejukan dapat tengok pemandangan Gunung Kinabalu. Subhanallah jatuh cinta! Di Kundasang sejukkk sangat tau! Lagi2 waktu malam dan juga waktu hujan. Menggigil2 badan 😂


9.Desa Dairy Farm 🐄 🐐

Tengok orang lain upload gambar DDF cantik2 dgn background Gunung Kinabalu, dgn ladang menghijau, dgn lembu2 comel. Tapi bila pergi nampak kabus, tak nampak gunung pun. Tipsnya pergi sana sebelum jam 10pagi. Bila DDF buka jam 8pagi tu pastikan sudah ada di sana. Nikmatilah pemandangan di sana puas2. Jangan lupa minum susu fresh yg amat sedap. Aiskrim pun sedap!

10.Tempat tarikan Ranau

Apa yg ada di Ranau?? Di situlah ada Poring Hotspring (kolam air panas, canopy walk, etc), Sabah Tea Garden, Fish Massage Kg Luanti 🐟Kundasang ke Pekan Ranau dalam 20 minit. Isi minyak siap2 di Petronas Ranau. Tempat makan pun lebih banyak pilihan di Ranau. Ok teruskan perjalanan. Dari Kundasang ke Poring dalam 45 minit. Dari Kundasang ke Sabah Tea dalam 1 jam. Betul2 sebelah simpang masuk Sabah Tea ada Fish Massage. Jangan terlepas tau! Kalau terus lagi alamatnya ke Sandakan pula!

Ok sudah puas jalan2 Kundasang bolehlah jalan2 di KK pula kan 😊

Bolehlah share dgn famili, dgn kawan2 yg plan bercuti ke Kundasang terutamanya yg pertama kali pergi. Harap dapat membantu ya 😊

**Perkongsian tips ni hanya untuk memudahkan percutian/perjalanan mereka yg datang bercuti sendiri.

Kickbola.net 𝙃𝙊𝙈𝙀𝙎𝙏𝘼𝙔 𝙁𝙐𝙇𝙇 𝘼𝙆𝙎𝙀𝙎 𝙅𝘼𝙇𝘼𝙉 𝙍𝘼𝙔𝘼

❄️𝐓𝐈𝐏𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐈𝐍𝐀𝐏 𝐃𝐈 𝐇𝐎𝐌𝐄𝐒𝐓𝐀𝐘-𝐇𝐎𝐌𝐄𝐒𝐓𝐀𝐘 𝐊𝐔𝐍𝐃𝐀𝐒𝐀𝐍𝐆 ❄️

𝙃𝙖𝙞 𝙜𝙖𝙞𝙨. 𝙃𝙚𝙧𝙚 𝙨𝙤𝙢𝙚 𝙩𝙞𝙥𝙨 𝙛𝙤𝙧 𝙮𝙤𝙪 guys 𝙪n𝙩u𝙠 𝙢𝙚𝙢𝙞𝙡𝙞𝙝 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙞𝙣𝙖𝙥𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙚𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙃𝙤𝙢𝙚𝙨𝙩𝙖𝙮 𝙙𝙞 𝙨𝙚𝙠𝙞𝙩𝙖𝙧 𝙆𝙪𝙣𝙙𝙖𝙨𝙖𝙣𝙜.

❄️𝐓𝐈𝐏𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐈𝐍𝐀𝐏 𝐃𝐈 𝐇𝐎𝐌𝐄𝐒𝐓𝐀𝐘-𝐇𝐎𝐌𝐄𝐒𝐓𝐀𝐘 𝐊𝐔𝐍𝐃𝐀𝐒𝐀𝐍𝐆 ❄️

𝙃𝙊𝙈𝙀𝙎𝙏𝘼𝙔 𝙁𝙐𝙇𝙇 𝘼𝙆𝙎𝙀𝙎 𝙅𝘼𝙇𝘼𝙉 𝙍𝘼𝙔𝘼
Siapa nak jalan kaki utk masuk ke penginapan pilihan? Dah penat-penat driving lepas tu kena drop barang pulak kena jalan kaki. Yg ada fizikal kuat tu takda masalah utk extreme. So benda ni kena tnya kepada owner rumah ya.

𝑷𝑹𝑰𝑽𝑨𝑻𝑬 𝑷𝑨𝑹𝑲𝑰𝑵𝑮
Setakat ni, tak pernah lagi admin terima penginap yg dtg Kundasang tidak bawa kenderaan sendiri. So, kebanyakan Homestay ada menyediakan private parking utk semua penginap. So kena pilih la mana yg berkenan. Di Kupi-Kupi & Stay , ya kami sediakan private parking yg cun cun utk penginap kami😀.

𝑲𝑨𝑷𝑨𝑺𝑰𝑻𝑰 𝑴𝑼𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑯𝑶𝑴𝑬𝑺𝑻𝑨𝒀
Ni agak penting juga. Sebab tak semua homestay boleh tampung sekiranya percutian anda dalam kelompok yang besar. So kena tnya tuan rumah supaya nanti bila anda sampai utk check in, tak lah terkejut 😂 akhirnya percutian anda not in the mood. Haa, Kupi-Kupi & Stay ada 11 bilik buat saat ini. 1 bilik boleh muat empat orang. Tambah extra bed boleh la muat dalam 2-4 orang. Admin konfom jamin keselesaan di setiap bilik kami😅.

𝑯𝑶𝑴𝑬𝑺𝑻𝑨𝒀 𝒀𝑮 𝑨𝑫𝑨 𝑲𝑨𝑭𝑬
Ni advance la utk Homestay. Ini berbentuk pilihan ya. Bagi yg bercuti dlm kelompok kecil contoh couple, 1 kebaikan utk Homestay yg menyediakan Service ni utk anda sbb anda tak perlu masak. Di Kupi-Kupi & Stay terdapat gerai-gerai berdekatan kami yang mana anda hanya perlu berjalan kaki jaraknya hanya 1 meter sahaja bah😀.

𝑷𝑬𝑵𝑮𝑮𝑼𝑵𝑨𝑨𝑵 𝑭𝑨𝑺𝑰𝑳𝑰𝑻𝑰 𝑫𝑨𝑷𝑼𝑹, 𝑩𝑩𝑸, 𝑲𝑨𝑹𝑨𝑶𝑲𝑬
Admin paham, salah 1 kenapa memilih homestay adalah sebab 3 benda ni. Tapi kena deal dgn tuan rumah, sbb ada homestay yg tidak membenarkan penginapnya utk memasak. Kebiasaannya, ketiga tiga fasiliti ini hanya utk penginap yg mengambil package 1 rumah. Di Kupi-Kupi & Stay pun kami mengamalkan benda yg sama. Bagi penginap yg tidak mengambil package ini, ada disediakan mini pantry. Tanya juga sama ada peralatan dapur juga termasuk atau tidak. Nanti masak pakai batu😂. Bagi yg kaki karaoke, saya nasihatkan buat anda utk memilih set karaoke yg boleh akses menggunakan Phone. Ia sgt mudah! Hanya perlu akses youtube dan nyanyi. 😎😎. Btw, ingat taw, kebanyakan homestay di Kundasang, karaoke hanya sampai jam 11 malam sahaja. BBQ pula semua disediakan. Kecuali ARANG. Haa ni kena beli sendiri ya.

𝑾𝑨𝑻𝑬𝑹 𝑯𝑬𝑨𝑻𝑬𝑹
Kebanyakan penginap lupa tentang kesejukan air di Kundasang. So here some tips for you gais. Kalau nak pakai water heater tu, 1st kena full kan suhu. Kemudian, tekanan air tidak boleh full! Minimum kan tekanan air sampai anda rasa ada suam suam sikit. So mandi la anda sepuasnya.

𝑯𝑶𝑼𝑺𝑬𝑲𝑬𝑬𝑷𝑰𝑵𝑮 & 𝑪𝑬𝑵𝑻𝑼𝑹𝒀
Soalan wajib anda tnya : 1) ada org lain ka stay selain penginap dlm 1 rumah? Kalau anda hendak privcy, pasti anda tidak mahu sesiapa pun dlm rumah termasuk housekeeping kan? So anda tidak ada pilihan lain melainkan cari homestay lain. Sbb kebanyakan pemilik homestay memberi tanggungjawab kepada housekeeping utk memastikan rumah bersih 24jam. Sbb itu ada housekeeping stay dlm rumah yg sama. Ia juga berfungsi utk standby keselematan rumah bermula 12 malam hingga 6 pagi. Selamatkan ada org jaga? 😎
Okay! Itu sahaja setakat ini. Nanti admin update lagi😃😃.
______________________________________________
Utk booking di Kupi-Kupi & Stay, boleh wasap :

Perform

video

Feature

Cat-5

Cat-6