06 Mar 2020

10 Tempat Makan Padu Di Kundasang

10 Tempat Makan Best dan Padu!! Di Ku...

03 Jan 2020

No.Telefon Mekanik Bergerak / Workshop KK -Seluruh Sabah

No.Telefon Mekanik Bergerak / Workshop KK -...

04 Jun 2019

Hati-hati kepada Individu NOOR EZDIHAR BIN MOHD NOORMAN buat pemilik homestay

Scam Tempahan Hotel – Cara Nak Tahu Dan Elak D...

01 Jun 2019

Iktibar! Warga Malaysia Kena Halau Airbnb Di Jepun

Buat malu Rakyat Malaysia jaa. ...

08 Feb 2019

Room & Rates

Penginapan Percutian Kundasang Tahun 2021 an...

08 Feb 2019

Tentang Kami

(adsbygoogle = window.adsbygoogl...

02 Jan 2019

Maklumat Am Kg. Mesilou, Kundasang Ranau.

Kg Mesilau terkenal dengan destinasi pelan...

Cat-1

Cat-2

Cat-3

Cat-4

» » » Pasangan kekasih didakwa curi barangan Homestay

Kickbola.netTertuduh didakwa mencuri sebuah televisyen 40 inci bersama alat kawalan jauh jenama Sony dan sebuah seterika berserta papan penggosok .

Pasangan kekasih didakwa curi barangan inap desa

Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret secara berasingan, atas tuduhan mencuri barangan elekrik dan perkakas dari sebuah inap desa di sini, awal bulan ini.

Tak mengaku curi barangan elektronik

Tertuduh, Siti Farah Noraisah Hussin, 23 tahun, yang beralamat di Bukit Setongkol di sini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Najwa Hashim.

Dia yang bekerja sendiri didakwa mencuri sebuah televisyen 40 inci bersama alat kawalan jauh jenama Sony dan sebuah seterika berserta papan penggosok antara pukul 6.00 hingga 7.00 pagi, 1 Dis lepas di sebuah inap desa di Bukit Istana di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Siti Farah Noraisah yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah menetapkan jaminan yang rendah atas alasan hanya memperoleh pendapatan bulanan sekitar RM800 (S$261).

Cik Najwa membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,500 (S$817) dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Jan depan sebagai sebutan semula kes untuk tertuduh melantik peguam.

Di mahkamah sama, teman lelaki Siti Farah Noraisah, Nor Affiffudin Mat Nordin, 19 tahun, mengaku tidak bersalah atas tuduhan membantu memindahkan barangan tersebut pada masa dan tempat yang sama.

Pendakwaan terhadap Nor Affiffudin dijalankan mengikut Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Cik Najwa membenarkan tertuduh yang beralamat di Taman Alam Perdana di sini, dibebaskan dengan jaminan RM2,500 (S$817) dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Jan depan sebagai sebutan semula kes.

Kedua-dua tertuduh ditangkap pada 4 Dis lalu, iaitu sehari selepas pemilik inap desa itu membuat laporan polis berhubung kehilangan barangan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh.

«
Next
Room No 2 Ni hao
»
Previous
Room No 1 Merhaba
Avatar

WELCOME TO KUPI-KUPI AND STAY Enquiries and Reservations

Avatar Tel and Whatsapp: +60 016714 5061 Email : kupinstay@gmail.com

No comments

Leave a Reply

Perform

Cat-5

Cat-6