06 Mar 2020

10 Tempat Makan Padu Di Kundasang

10 Tempat Makan Best dan Padu!! Di Ku...

03 Jan 2020

No.Telefon Mekanik Bergerak / Workshop KK -Seluruh Sabah

No.Telefon Mekanik Bergerak / Workshop KK -...

04 Jun 2019

Hati-hati kepada Individu NOOR EZDIHAR BIN MOHD NOORMAN buat pemilik homestay

Scam Tempahan Hotel – Cara Nak Tahu Dan Elak D...

01 Jun 2019

Iktibar! Warga Malaysia Kena Halau Airbnb Di Jepun

Buat malu Rakyat Malaysia jaa. ...

08 Feb 2019

Room & Rates

Penginapan Percutian Kundasang Tahun 2021 an...

08 Feb 2019

Tentang Kami

(adsbygoogle = window.adsbygoogl...

02 Jan 2019

Maklumat Am Kg. Mesilou, Kundasang Ranau.

Kg Mesilau terkenal dengan destinasi pelan...

Cat-1

Cat-2

Cat-3

Cat-4

» » » » » Iktibar! Warga Malaysia Kena Halau Airbnb Di Jepun

Kickbola.netBuat malu Rakyat Malaysia jaa.

Patutnya Sorang Daftar Masuk Ni 9 Orang! Warga Malaysia Kena Halau Airbnb Di Jepun

Zaman sekarang ini jika anda nak bercuti amatlah mudah kerana tiket penerbangan boleh di beli dengan harga yang sangat murah dan kos penginapan yang mampu milik untuk semua orang yang ingin melihat negara lain.

Airbnb adalah jaringan pasar daring dan penginapan rumahan sejawat yang memungkinkan pengguna mendaftarkan atau menyewa properti untuk digunakan dalam jangka pendek. 

Harga sewanya ditetapkan oleh pemilik properti. Airbnb menerima sebagian tarif jasa pembukuan dari tamu dan tuan rumah. 

Saat ini, Airbnb mencakup 2 juta properti di 34,000 bandar dan 191 negara. Airbnb didirikan pada bulan Ogos 2008 dan berpusat Ibu Pejabat di San Francisco, California. Perusahaan ini dimiliki dan dioperasikan secara tertutup (swasta).


Tren di Malaysia untuk melancong ke luar negara semakin popular dan menjadi ikutan ramai dari percutian bajet hingga yang paling mahal banyak dikongsikan oleh beberapa orang di dalam media sosial.

Bagaimanapun tidak semua yang baru melancong ini memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan  di negara orang.

Lebih teruk lagi apabila nama Malaysia dipandang buruk membuatkan ramai warga luar negara menganggap semua rakyat Malaysia minda kelas ketiga semasa melancong di negara mereka.

Baru-baru ini di Jepun, sekumpulan warga Malaysia dihalau oleh tuan rumah Airbnb kerana telah melanggar peraturan yang digariskan.

Kisahnya ketika mengisi borang, hanya seorang sahaja akan tinggal di penginapan tersebut tetapi sembilan orang muncul di lokasi itu membuatkan tuan rumah terkejut lalu menghalau mereka.

Lebih teruk lagi polis turut dipanggil bagi menyuraikan keadaan dan kini mereka tiada tempat tinggal. (Kesudahan ceritanya masih belum diketahui.)



Banyak kesalahan telah dilakukan oleh sekumpulan rakyat Malaysia tersebut seperti membawa lebih orang ke dalam hotel di luar negara. Semasa menempah anda perlu mengikut berapa orang jumlah yang telah ditetapkan.



Menurut segelintir netizen, ini bukan kali pertama dilakukan oleh rakyat Malaysia yang tidak beretika. Ada yang telah membuat aduan serta ulasan mengenai perkara ini.



Perangai tipikal begini yang sering kali dipaparkan oleh rakyat Malaysia kononnya bercuti secara bajet, dan siap bagi tip-tips lagi untuk semua orang ikut cara mereka.

Sebagai contoh, melancong ke Jepun hanya dengan RM1,000 untuk 10 hari. Sedangkan perkara sebenar tak didedahkan semasa melancong.

Mentaliti rakyat Malaysia masih tetap tidak berubah walaupun dah melancong ke banyak negara.

«
Next
Hati-hati kepada Individu NOOR EZDIHAR BIN MOHD NOORMAN buat pemilik homestay
»
Previous
Room & Rates
Avatar

WELCOME TO KUPI-KUPI AND STAY Enquiries and Reservations

Avatar Tel and Whatsapp: +60 016714 5061 Email : kupinstay@gmail.com

No comments

Leave a Reply

Perform

Cat-5

Cat-6